Monday, May 18, 2015

Ikan Tumis, Terung Sambal dan Budu

Teks : Syifa Wahab
Imej : Koleksi Peribadi

Salam Semua,

Malam ini terasa nak mencuba masak ikan tumis dan terung sambal. Dah siap masak, terus makan. Boleh tahan rasanya. Nasib la menjadi. Jadi tak membazir lauk hari ni.


Ikan Tumis Terung Sambal Budu
Ikan Tumis

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung (belah 2)
3 ulas bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
10 tangkai cili kering (direndam dan dikisar)
Air asam jawa
Air
Gula
Garam
Minyak masak

Cara masak:
1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering bersama-sama. Tumis bahan kisar sehingga agak masak.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air asam jawa, diselang seli dengan garam dan gula. Masukkan sehingga agak-agak ada rasa masam, manis dan masin secukupnya.
3. Biarkan masak sehingga tumisan nampak agak gelap.
4. Ambil sedikit tumisan untuk dimasak dengan terung.
5. Tumisan yang selebihnya dicampur dengan air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan kuah yang diingini (kalau ikutkan kuahnya cair sahaja tak perlu terlalu pekat).
6. Masukkan ikan yang telah dibelah 2. Biarkan seketika sehingga ikan itu masak. Cuba rasa kuah, jika perlu, tambah sedikit gula dan garam.
7. Sedia dihidang.

Terung Sambal
Bahan-bahan:
Tumisan dari ikan tumis di atas
2 biji terung sederhana (belah ikut kesesuaian)
Sedikit ikan bilis
Gula dan garam (Jika perlu)
Minyak masak

Cara masak:
1. Goreng terung hingga agak kekuningan. Ketepikan.
2. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
3. Buang minyak gorengan tadi. Masukkan tumisan dalam kuali bekas gorengan tadi.
4. Campurkan sekali terung goreng dan ikan bilis. Jika perlu, tambah sedikit gula dan garam.
5. Masak tak perlu lama. Cukup sekadar terung diseliputi tumisan tadi sebab tak nak terung menjadi hancur.
6. Sedia dihidang.

Dah siap 2 resepi yang menggunakan bahan tumisan yang sama. Mudahkan? Sedap dimakan dengan nasi panas dan cicahan budu.

Selamat Menjamu Selera!!!


No comments:

Post a Comment