Sunday, May 17, 2015

Nasi Goreng Ala-ala Belacan

Teks : Syifa Wahab

Malam ini cuma masak nasi goreng. Sebab ada campur dengan belacan, jadi la nasi goreng ala-ala belacan.

Bahan-bahan:
5 cawan nasi putih
1 biji telur ayam
Sedikit ikan bilis
1/2 inci belacan
Kicap lemak manis
Beberapa ulas bawang besar dan bawang putih (ditumbuk hancur)
Lobak merah (hiris bulat dan belah dua)
1 biji cili api dibelah 2 (sebab makan dengan anak kecil, jadi tak boleh pedas-pedas sangat)
Sedikit mentega
Minyak untuk menggoreng/menumis

Cara masak:
1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng telur dan hancur-hancurkan sedikit. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis bawang besar dan bawang putih bersama minyak secukupnya dan sedikit mentega sehingga naik bau.
4. Masukkan belacan dan kicap lemak manis (ikut selera nak banyak mana). Biarkan seketika.
5. Masukkan nasi putih bersekali dengan ikan bilis dan telur yang telah digoreng tadi.
6. Kaup balik nasi, ikan bilis dan telur bersama dengan bahan yang telah ditumis sehingga sekata.
7. Akhir sekali masukkan lobak merah (atau boleh pilih sayuran lain seperti sawi, kangkung, kubis dan lain-lain). Biar ia masak seketika, sehingga agak-agak lobak merah lembut sedikit.
8. Siap dihidang. Nak tambah telur mata atau telur dadar pun sedap je.

Selamat Menjamu Selera!!!

No comments:

Post a Comment