Tuesday, May 26, 2015

Nasi Goreng Bebola

Teks : Syifa Wahab

Salam Semua,

Dapat WhatsApp dari En.Suami, tanya malam ni nak makan apa. Dalam kepala ligat berfikir nak masak apa ya yang mudah-mudah saja persiapannya. Semalam dah makan mi goreng. Hari ni makan nasi goreng la pulak kan. Hihihiii....

Dah siap pesan kat En. Suami keluarkan bebola dan sate kebab. Biar balik nanti, kedua-dua tu dah defrost. Sedang elok untuk dimasak nanti. Siap minta tolong masak nasi terus, nanti taklah lambat nak menunggu nasi masak.

Memang sesuai sangat la rancangan nak masak nasi goreng je malam ni. Balik kerja tadi, hujan lebat yang amat sangat. Sampai pandangan dalam kereta tadi masa tengah memandu memang terbatas sangat. Oleh kerana jalan yang biasa lalu trafiknya amat panjang, sampaikan lampu trafik hijau beberapa kali pun tak dapat lepas nak lalu. Terpaksalah lalu jalan alternatif. Itupun sesak juga sebenarnya. Paling kesian kenderaan yang melalui Lebuhraya MRR2 dari arah Batu Caves ke Taman Melati. Boleh pulak banjir kat Lebuhraya tu. Kenderaan macam kereta atau motorsikal memang tak boleh lepas. Dah lah hujan lagi masa tu. Harap-harap mereka yang terkandas tu selamatlah hendaknya.

Berbalik kepada cerita masak-masak malam ni. Sampai rumah, selesaikan dulu kewajipan, barulah masuk dapur. Sediakan bahan-bahan untuk buat nasi goreng.

Tumis bawang besar (dihiris), bawang putih (dihiris) dan sedikit bahan kisar (cili kering, bawang besar dan bawang putih). Dah agak masak tumisan, masukkan kicap dan sos ikan. Kemudian, bolehlah masukkan bebola daging (dibelah empat) dan telur dadar (dipotong kecil-kecil). Lepas beberapa minit, masukkan nasi yang telah disejukkan sedikit. Sejukkan dulu nasi tu sebab tak nak nasi tu lembik bila dah dicampur dengan bahan tumisan tadi. Gaulkan nasi tersebut dengan bahan tumisan sehingga rata. Bolehlah tambah apa-apa sayur yang digemari. Cuba rasa. Kalau rasa macam kurang, bolehlah tambah sikit demi sikit kicap dan sos ikan. Dah puas hati dengan rasa, bolehlah dihidang.

Nasi goreng ni disertakan dengan sate kebab (dipotong kecil-kecil) yang telah dibakar. Kira sate kebab ni macam lauk untuk dimakan bersama nasi goreng tadi.

Selesai sahaja resepi masakan untuk malam ni. Itupun ada lebih lagi. Saja masak lebih sebab esok boleh buat sarapan pagi. Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment