Tuesday, May 26, 2015

Vege Mee Lobak Merah Goreng

Teks : Syifa Wahab

Salam Semua,

Semalam balik kerja, En. Suami cakap dia lapar sangat-sangat. Siap dah keluarkan Vege Mee Lobak Merah dengan semua jenis bebola ayam dan daging yang ada. Harapannya agar dapat defrost dulu vege mee dengan bebola tu. Tapi apabila cek, tak sempat defrost pun lagi. Masih sejuk beku lagi.

Mee dan Bebola

Tapi takpe. Tu tak menjadi masalah. Rendam je vege mee tu dalam air panas dalam seminit dua, Alhamdulillah dah lembut vege mee tu. Bebola tu pulak, keluarkan dari plastik. Pastu ceraikan sebiji-sebiji. Mana yang susah nak ceraikan, biar dulu kat tepi, jangan paksa, nanti hancur pulak jadinya. Setiap bebola tu, dibelah dua. Sebenarnya, pakai satu plastik bebola tu dah cukup sangat. Tapi bila lapar ni, nafsu menguasai pemikiran, atas permintaan En. Suami disuruh tambah lagi sikit bebola tu. Jadilah satu setengah bungkus bebola. 

Bila dah semua siap sedia, mulalah kerja-kerja menumis cili kering yang telah dikisar dengan bawang besar dan bawang putih. Bahan kisar ini dah siap sedia simpan dalam peti sejuk sebab dah kisar banyak siap-siap untuk simpan dalam peti sejuk. InsyaAllah boleh tahan seminggu. Agak-agak tumisan bahan kisar tu dah masak, masukkan sos manis ABC, sos tomato, sos cili api dan kicap (ikut citarasa masing-masing). Kebetulan ada sos ikan, saya tambah dalam satu sudu makan.

Lepas tu, boleh lah masukkan bebola yang telah dibelah dua tadi. Biar bebola tu betul-betul masak dulu. Kemudian, barulah masukkan vege mee. Gaul hingga sekata bahan tumisan, bebola dengan vege mee tadi. Kalau ada sayuran seperti sawi, lobak merah, tauge atau daun kucai, bolehlah tambah. Kebetulan kat rumah sayuran semua habis stok, jadi tak bersayur la mee goreng ni. Bila dah sebati semuanya, bolehlah tutup api dan angkat. Siap untuk dihidang.

Alhamdulillah, walau pedas sikit untuk disantap oleh kanak-kanak, nasib baiklah si Kakak tak mengadu kepedasan. Makan dengan sungguh berselera. Siap menambah lagi. Sama lah dengan En. Suami. Untuk si Adik, oleh kerana mee goreng tu kurang sesuai untuk perut dia, jadi Ummi pun rebus la bebola yang lain untuk santapan. 

Sekian, makan malam untuk kami sekeluarga malam tadi.

No comments:

Post a Comment