Thursday, June 4, 2015

Apa itu E-BOOK?

Teks : Syifa Wahab
Imej : Google
Sekarang semuanya digital. Sampaikan buku-buku pun telah dikeluarkan melalui versi elektronik atau lebih dikenali sebagai E-BOOK. E-book semakin popular kerana ianya lebih mudah untuk dibaca di mana sahaja pun anda berada. Asalkan ada tab atau telefon pintar, bila-bila masa pun boleh baca e-book ni. E-book boleh dikirim melalui e-mail kepada sesiapa sahaja yang kita kehendaki. E-book boleh disetkan kata laluan (password) agar ianya tidak boleh diakses sesuka hati. Sebab itulah e-book ni boleh menjadi salah satu penjana kewangan anda.
E-book merupakan singkatan daripada ELECTRONIC BOOK. E-book adalah sebuah buku dalam versi digital atau elektronik yang mengandungi teks, gambar dan mempunyai halaman muka surat sama seperti sebuah buku. E-Book didatangkan dalam bentuk buku yang dapat dibaca secara elektronik melalui komputer, laptop, tab atau telefon pintar. E-book adalah suatu fail dengan pelbagai format, sama ada dalam format portable document format (.pdf), format Sony media (.lrf, .lrx), Microsoft Compiled HTML Help (.chm), IDPF/EPUB (.epub), Microsoft Word (XML) (.docx), iBook (.ibooks) atau lain-lain format.

Format e-book yang lebih terkenal adalah dalam format .pdf kerana ianya lebih mesra pengguna. Ianya lebih mudah dipaparkan dan dicetak. Selain itu, fail PDF boleh memasukkan fail multimedia seperti audio atau video. Bukan itu sahaja, banyak produk yang membolehkan fail PDF dicipta dan dibaca. Antaranya Adobe Acrobat, PDF Creator, OpenOffice.org, dan beberapa program lain. Kebanyakan komputer, tab dan telefon pintar dapat membaca fail-fail PDF.


Penggunaan e-book memberikan kelebihan kepada pengguna untuk membuat carian perkataan atau ayat atau topik tertentu. Tak perlu lagi selak helaian demi helain seperti buku biasa. E-book juga memberikan kelebihan penggunaan bookmark di mana fungsinya sama seperti penanda buku. Jadi tak adalah kita tercari-cari halaman mana yang akhir sekali kita baca sebelum ni.

E-book memang banyak memberi kelebihan kerana kemudahan untuk menyimpannya. Ia boleh disimpan berulang kali dan di banyak tempat berbeza. Ia boleh diakses di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu adanya talian internet. Asalkan ianya dah disimpan terlebih dahulu dalam gajet anda. Tapi, perlu difikirkan juga kemungkinan yang mungkin berlaku jika e-book tersebut hilang atau rosak, atau terpadam, dijangkiti virus ataupun dicuri.


****************************
Adakah anda antara mereka
yang amat memerlukan panduan 
bagaimana untuk memulakan langkah 
menuju Working At Home Mom?
****************************

Segera hubungi saya untuk mendapat keterangan lanjut atau membuat tempahan E-Book keluaran ABDR:
Pengurus Online Anda,
Call/sms/WhatsApp : 012 690 6078

No comments:

Post a Comment