Thursday, June 4, 2015

Apa itu E-BOOK?

Teks : Syifa Wahab
Imej : Google
Sekarang semuanya digital. Sampaikan buku-buku pun telah dikeluarkan melalui versi elektronik atau lebih dikenali sebagai E-BOOK. E-book semakin popular kerana ianya lebih mudah untuk dibaca di mana sahaja pun anda berada. Asalkan ada tab atau telefon pintar, bila-bila masa pun boleh baca e-book ni. E-book boleh dikirim melalui e-mail kepada sesiapa sahaja yang kita kehendaki. E-book boleh disetkan kata laluan (password) agar ianya tidak boleh diakses sesuka hati. Sebab itulah e-book ni boleh menjadi salah satu penjana kewangan anda.

Wednesday, May 20, 2015

E-book 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online

Teks : Syifa Wahab
Imej : Akademi Bekerja di Rumah

Nantikan kemunculan e-book baru terbitan Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) daripada pengasas ABDR sendiri, iaitu Puan Masayu Ahmad.

Monday, May 18, 2015

Peluang Iklan : SOHO Directory

Teks : Syifa Wahab
Imej : Koleksi Akademi Bekerja di Rumah

Salam,

Masih tercari-cari platform pengiklanan atas talian (online)? 

Ini peluang besar bagi para peniaga offline atau online. Para peniaga berpeluang untuk memasarkan semua produk/perkhidmatan melalui SOHO DIRECTORY. Blog ini adalah khas untuk mereka yang ingin memasarkan produk/perkhidmatan mereka secara online.

SOHO Directory

Peluang Iklan : Homestay Malaysia

Teks : Syifa Wahab
Imej : Koleksi Akademi Bekerja di Rumah

Salam buat Semua,

Entri kali ini khas buat para PENGUSAHA HOMESTAY sekalian!!!

Iklan Homestay Malaysia

Saturday, May 16, 2015

L'Syi Shoppe

Teks : Syifa Wahab
Imej : Koleksi Peribadi

Salam Sabtu,

Kini kami beroperasi di No. 4 Gerai MPS, Lebuhraya Sri Gombak (Jalan SG 1/1), 68100 Batu Caves, Selangor.

Isnin - Jumaat (10 pagi - 4.00 petang)
Sabtu & Ahad : Perlu set temujanji



Pengedar Anda,
Syifa Wahab
Call/sms/WhatsApp : 012 690 6078
syifawahab@gmail.com
Facebook : FB Syifa Wahab 

Selamat Hari Guru

Teks : Syifa Wahab
Imej : WhatsApp

Selamat pagi Cikgu!!!

Selamat pagi murid-murid. Baik, kamu boleh duduk semua.

Terima kasih Cikgu!!!

Hahaha... biasa dengar tak situasi macam ni?
Selamat Hari Guru buat semu guru-guru di Malaysia!!!


Isra' & Mikraj 1346H & 2015M

Teks : Syifa Wahab
Imej : WhatsApp

Salam Isra' & Mikraj,

Sungguh menakjubkan apabila membayangkan peristiwa Isra' & Mikraj. Peristiwa ini terjadi pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Pada malam tersebut terjadinya suatu peristiwa yang amat luar biasa yang dialami oleh Rasulullah S.A.W. dan dianggap sebagai suatu anugerah daripada Allah S.W.T. Ini adalah sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.

Isra' bererti Allah telah membawa Rasul pada malam hari dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Palestin. Mikraj pula merupakan perjalanan Rasul dari bumi (Masjidil Aqsa) naik ke langit.

Rasulullah telah melalui perjalanan pada waktu malam dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Palestin). Kemudian Rasulullah telah naik merentasi 7 lapisan langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua kejadian ini telah berlaku hanya dalam satu malam.

Friday, May 15, 2015

Promosi E-book Bulan Mei 2015

Teks : Syifa Wahab
Imej : Koleksi Akademi Bekerja di Rumah

Salam Jumaat,

Wah! Menariknya promosi e-book bulan Mei ni. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kedua-dua e-book ini pada harga RM 50 SAHAJA.

Promosi E-Book Mei 2015

E-book terbitan Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Teks : Syifa Wahab
Imej : Koleksi Akademi Bekerja di Rumah

Salam,

Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) telah menerbitkan beberapa e-book yang boleh menjadi pilihan mereka yang sedang tercari-cari bahan bacaan yang sesuai sebagai persediaan untuk bekerja di rumah. E-book ini adalah hasil cetusan idea penulisan daripada pengasas kami, iaitu Pn. Masayu Ahmad. Selain e-book daripada beliau, kami turut akan menerbitkan dari semasa ke semasa beberapa lagi e-book hasil penulisan guru online ABDR.

Thursday, May 14, 2015

Kelas Asas Blog & Fanpage Serta Beriklan di Instagram

Teks : Syifa Wahab
Imej : Koleksi Peribadi

Salam Semua,

Besar sungguh impak hashtag (#) ni. Dalam dunia instagram, kalau takde hashtag ni, memang tak lengkap post kita tu. Di mana-mana sahaja kita akan nampak simbol # ni.


Sunday, May 10, 2015

Selamat Hari Ibu!!!

Teks : Syifa Wahab
Imej : Whatsapp Group

Selamat Hari Ibu


Saturday, May 9, 2015

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage

Teks : Syifa Wahab
Imej : Google dan Koleksi Peribadi

Salam Malam Sabtu!


Working at Home Ummi

Teks : Syifa Wahab
Imej : Google

Working At Home Ummi
Salam Sabtu,

Santai Hari Minggu

Teks : Syifa Wahab
Imej : Koleksi peribadi

Salam Santai Sabtu!

Hari minggu masa untuk buka kedai pula. Hari biasa, Isnin - Jumaat bekerja makan gaji. Hari  Sabtu dengan Ahad sahaja masa yang ada untuk buka kedai. Melainkan ada cuti umum, bolehlah buka kedai.

Friday, May 8, 2015

Borang Pesanan

Thursday, May 7, 2015

Wonda Wonderful Coffee

Teks : Syifa Wahab
Imej : Koleksi Peribadi


Salam Perkenalan

Teks : Syifa Wahab
Imej : Google
Working at Home Ummi
Assalamualaikum,

Salam perkenalan buat semua. Saya Nurussyifa Abdul Wahab, tetapi saya lebih selesa menggunakan nama Syifa Wahab. Lebih ringkas dan mudah nak disebut (bagi sayalah).

Buat masa ini saya masih lagi berkerja sebagai Setiausaha Syarikat di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur sejak 2004. Saya sudah melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara online sejak 2009. Bermula dengan menjual Maajun Anggun Bistari (MAB) yang diperkenalkan oleh kakak saya. 

Bertitik tolak dari itu, saya mula meniaga. Saya jual baju muslimah berfesyen, tudung, pakaian bayi dan kanak-kanak.

Setelah melahirkan anak sulung pada 2012, saya diperkenalkan dengan produk Shaklee. Selepas itu saya fokus kepada menjual MAB, Shaklee, Tupperware, Cosway dan yang paling terkini produk makanan sejuk beku. Saya amat suka meniaga (tak tahulah turun dari siapa, sebab dalam susur galur keluarga rasanya takde yang meniaga). Sebab tu macam-macam produk yang saya jual. Mana yang saya rasa serasi dan suka, saya akan kekal menjualnya. Jadi, jika ada peluang menjual pelbagai produk lain yang hangat di pasaran, tidak mustahil saya akan menjualnya.

Bagi merealisasikan keinginan untuk mengembangkan perniagaan dan lebih dikenali ramai, perniagaan saya telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Hasil gabungan nama suami dan saya, maka terciptalah L'Syi Shoppe. Untuk mengorak langkah lebih besar, saya telah menyewa Gerai MPS bagi menempatkan barangan saya yang sedang dan akan dijual.

Sejak saya mempunyai 2 orang anak, kezaman untuk berniaga amat tinggi. Saya merasakan dengan berniaga sendiri, hubungan kekeluargaan saya akan lebih mesra dan rapat. Ini kerana apabila bekerja sendiri, saya boleh menentukan masa berkualiti saya bersama keluarga. Anak saya masing-masing berumur 1 tahun dan 3 tahun. Pada peringkat umur inilah amat penting bagi saya sebagai salah seorang ibu bapa untuk sentiasa ada di sisi mereka.

Semoga segala impian-impian saya bakal tercapai dalam beberapa tahun ini. Jika tercapai dalam kurang setahun, lagi bagus!

"Jika anda dapat memimpikannya, anda dapat melakukannya!"

Salam ukhwah dari saya.

Pengedar Anda,
Syifa Wahab
Call/sms/WhatsApp : 012 690 6078
syifawahab@gmail.com
Facebook : FB Syifa Wahab