Thursday, May 7, 2015

Salam Perkenalan

Teks : Syifa Wahab
Imej : Google
Working at Home Ummi
Assalamualaikum,

Salam perkenalan buat semua. Saya Nurussyifa Abdul Wahab, tetapi saya lebih selesa menggunakan nama Syifa Wahab. Lebih ringkas dan mudah nak disebut (bagi sayalah).

Buat masa ini saya masih lagi berkerja sebagai Setiausaha Syarikat di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur sejak 2004. Saya sudah melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara online sejak 2009. Bermula dengan menjual Maajun Anggun Bistari (MAB) yang diperkenalkan oleh kakak saya. 

Bertitik tolak dari itu, saya mula meniaga. Saya jual baju muslimah berfesyen, tudung, pakaian bayi dan kanak-kanak.

Setelah melahirkan anak sulung pada 2012, saya diperkenalkan dengan produk Shaklee. Selepas itu saya fokus kepada menjual MAB, Shaklee, Tupperware, Cosway dan yang paling terkini produk makanan sejuk beku. Saya amat suka meniaga (tak tahulah turun dari siapa, sebab dalam susur galur keluarga rasanya takde yang meniaga). Sebab tu macam-macam produk yang saya jual. Mana yang saya rasa serasi dan suka, saya akan kekal menjualnya. Jadi, jika ada peluang menjual pelbagai produk lain yang hangat di pasaran, tidak mustahil saya akan menjualnya.

Bagi merealisasikan keinginan untuk mengembangkan perniagaan dan lebih dikenali ramai, perniagaan saya telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Hasil gabungan nama suami dan saya, maka terciptalah L'Syi Shoppe. Untuk mengorak langkah lebih besar, saya telah menyewa Gerai MPS bagi menempatkan barangan saya yang sedang dan akan dijual.

Sejak saya mempunyai 2 orang anak, kezaman untuk berniaga amat tinggi. Saya merasakan dengan berniaga sendiri, hubungan kekeluargaan saya akan lebih mesra dan rapat. Ini kerana apabila bekerja sendiri, saya boleh menentukan masa berkualiti saya bersama keluarga. Anak saya masing-masing berumur 1 tahun dan 3 tahun. Pada peringkat umur inilah amat penting bagi saya sebagai salah seorang ibu bapa untuk sentiasa ada di sisi mereka.

Semoga segala impian-impian saya bakal tercapai dalam beberapa tahun ini. Jika tercapai dalam kurang setahun, lagi bagus!

"Jika anda dapat memimpikannya, anda dapat melakukannya!"

Salam ukhwah dari saya.

Pengedar Anda,
Syifa Wahab
Call/sms/WhatsApp : 012 690 6078
syifawahab@gmail.com
Facebook : FB Syifa Wahab 

No comments:

Post a Comment